Tuesday, November 8, 2011
tOMOrrow is a big DAY
dear bloggers..plez pray for me so . i will do my best for the exam.. even though in my heart i'm a bit nervous, know that Allah is always with me...
i REALLY Want to finish my studies with better : )
Wednesday, July 27, 2011
Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan - Farit Ismeth Emir
Kacang SoyaKacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori
Zat BesiPenurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak
Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein
Latihan Mental
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.
Latihan Fizikal
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.
Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
Ginkgo Biloba
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan. Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.
1. Yakin dengan Kebolehan Sendiri.
Kita perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ‘saya susah mengingati nama orang’. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.
2. Latih Otak.
Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan yang baik. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Cabar minda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.
3. Kurangkan Stress.
Stress tidak akan hilang. Tidak normal jika kita tidak merasa stress. Kita cuma perlu belajar mengawal stress kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan. Belajar untuk menenangkan diri. Fikir secara positif. Stress yang ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti. Tarik nafasss..Senyum..
4. Jaga Pemakanan.
Kata orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah kita boleh mengambil supplemen seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan. Kismis dan kurma juga sangat bagus.
5. Tingkatkan Perhatian.
Ada yang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana memori kita yang teruk tapi kerana kita kurang memberi perhatian terhadap nama dan sifat seseorang. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka. Fokus yang baik dalam komunikasi juga akan membantu kita untuk mengingati rakan baru.
6. Beri Cukup Masa.
Jangan mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri kita belajar mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya lebih fokus.
7. Luaskan Imaginasi.
Cipta imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Visualkan apa yang kita cuba ingat. Lakarkan visual yang luar biasa kerana ianya akan lebih mudah diingati.
8. Ulang dan ulang.
Sentiasa ulang apa yang ingin kita ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir rakan baru, atau nombor telefonnya. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang kita ulang, semakin banyak yang kita akan ingat.
9. Kategori.
Cuba kategorikan senarai barangan yang ingin dibeli mengikut kumpulannya. Contohnya, berapa jenis sayur dan berapa jenis lauk untuk dimasak. Apa ramuan asas untuk masak lemak cili api? Ia akan lebih memudahkan kita kerana cara ini lebih berfokus dan ‘organized’.
10. Aturkan Hidup Anda
Selalu tercicir barangan penting seperti telefon bimbit dan kunci kereta? Latihkan diri dengan meletakkan barangan penting di tempat yang sama setiap masa.
Saturday, June 18, 2011
~ menanti ESOK
hari ni kira aku dok packing barang je lah..
smua pakaian aku akan kemas ...hHAHAH
lusa aku dah mula kuliah...
semua baru lah kiranya
lecturer baru, jadual baru , sem pon baru gak
smoga aku dpt menghadapi sem ni dgn lebih baik...
tambah2 plak sem ni aku ada final exam...
wish me the best k ...~
Tuesday, June 7, 2011
cuti sekolah kembali !! 7.6.2011 / tuesday
Monday, May 23, 2011
perlu kee? perempuan bermake - up ??
oleh kerana dlm beberapa hari lagi aku akan ke majlis dinner talennight,,,perlu ke bermake up yg ala grand mcm artis,actress smua tue...???entahlah nak kata sebab aku pon bukannya tukang mekap yg bertaraf antara bangsa....make-up biasa2 tue boleh la...klau aku mekap lebih2 ala grand cam artis tue..alamaknya jadi tepung goma la jawabnya....haha....kelakar giler klu aku mekap setebal dua inci....ala maklum lah....tukang mekap jalanan je pun mana ada PHD, master ker.....
takat mekap ringan pi kelas tue boleh lah.......ala sapalah nak tengok aku yg chubby lagi gemok ni kan...aku gemok??? mmg pon....xadalah(x nk ngaku plak)....cuti sem nanti aku akan ber exercise utk cuba menurukan berat badanku dan menguruskan badanku ala2 top model international in the world....(boleh berangan je koy ka mkn pisang berangan ja ) x taw dah nak kata apa lagi.
malam tue...nanty dirang ckp baju tema elegant dan glamouress...aku xdakla pkai bju yg grand2 cuma baju kurung ja la....tapi aku akan cuba menjadi fashion designer dengan mengubah penampilan baju ku menjadi elegant...buleh kot noe???harap2 menjadilah yer...sebaba dari sumber2 yg aku dengaq semua doq beli dress ratus2 plak tue...hmm...mmg grand sungguh lar...mlm tue nnty...entah2 aku ja dari cerok kampung mana tah.........
sebenenarnya aku x kisah pon sangat,...asalkan aku menutup aurat sudah...itu yg lebih utama dan wajib.....yg [enting kita ENJOY !!! setiap moment yg kita ada.......jgn kita menyesal di kemudian hari dan apabila sudah nyesal...masa dah tak leh diputar kembali dah dan hanya tinggal satu memori atau mungkin beribu2 memori yag terselit di kotak minda....haha
stakat ni dah..cek sambung len kali plak nah.. ^_^
Kwn aku punya pasal
deAR bloggerrr ku syg,,
...dia nangis.... kesian doe kat dia...aku agak ni mesti kes dia ngan pakwe dia la nie....biasalah adat orang bercinta kadang-kadang tue ada suka , ada duka, ada riang gembira....ala...mcm pepatah dalam citer kabhie kushi kabhie gham...tiba2 teringat pula crita tue.....emo habis kot...tang ending dia x leh tahan..teriak sakan kot...haahaaa.........
tue la pasai la ni aku x mo pikir pasal cinta,soal nak bercinta atau apa2 jela buat masa ni...buat serabut je, nak pikir smua tue..bila suka kita gembira...bila sedih kita plak yg merana...biasalah tue adat dan fitrah kehidupan......
tapi aku yakin satu masa nanti...andai saat itu tiba...pasti Allah telah tentukan jodoh buat ku....moga2 aku mendapat lelaki sebagai suamiku yang baik dan soleh lagi beriman...
aku tahu ada ayat ni aku pernah dengar....lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik,perempuan yang baik untuk lelaki yg baik...
oleh itu,.............
aku akan berusaha untuk menjadi perempuan yang baik dan solehah lagi beriman....utk mendapatkan jodoh yg baik juga....INSYALLAH.~
begitulah ceritanya.....
biarpun corak perjalanan ku masih jauh...sekalipun aku tersumgkur di tanah bumi ini...
akan tetapi.....semuanya akan ku hadapi dengan berani
...mahupun sepahit kopi...
jika ia semanis madu
akan
aku hiasinya dengan keriangan pelangi yang indah dan biarkan kenangan itu menjadi memori yang terindah dalam hidupku....
sekian....utk sekarang
Sunday, May 22, 2011
AHAD- 22/5/2011 --------bosan giler ....!!!! nasib bek waras lagi
aku pun tak tahu ...ada ke org yang baca blog aku ...ni...........biasa jer blog aku...x daelah sehebat kwn2 aku punya...biasa lah baru nak berjinak-jinak ngan dunia blogger ni
hari ni aku rasa bosan sangat...yang teramat sangat....entah apa-apa tah.......reflective essay x siap siap lagi...dok tera tue jugak....haha..........1500 patah perkataan kot....jenuh cek nak kna pikiaq.....habis kepala cek jadi sabut buah kelapa dah...haha............(lawak la sgt kan...hohoh).............
l
the end.......no comment
Monday, April 4, 2011
~ the library ~
one day, there was a girl named lisa. she went to the library to borrow her favourite story book. in the library she found many books and she really likes to read story book.
but on the way home to get her bags , out of the blue a cat shocked her out... she really shocked and her feet walked back and she turned bank and saw a boy not really but its very weird. and she stopped there. luckily she did not collide with that man , if not she did not know what will happened next. and the then the men suddenly turn into a jumping angry bird...
the end untuk crita merapu kali ni
the cat really had made the girl shocked from the head to toe.. haha
Friday, February 18, 2011
Berabad2 sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku
Tak pernah aku bertemu @ berjumpa denganmu
tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
...namun sinar cahaya itu mampu menebus Zaman & ruang
menembus perbeZaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu X pernah redup sampai akhir zaman
salam maulidur Rasul
aku mencari keredhaanNya...
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..
-..jatuh cinta itu fitrah..suburkanlah cinta itu dengan baja keimanan..-
" Ya Allah jika aku jatuh cinta..cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..Ya Allah,jika aku jatuh hati..izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU..Agar tidak terjatuh aku... ke dalam jurang cinta nafsu..Ya Rabb,Jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,agar aku tidak berpaling daripada cintaMu.."
Jatuh hati itu adalah salah 1 ujian dari Rabb..Jadi,berhati-hatilah menjaga hati..=)
~petikan dari sahabat
buat pedoman
SAJAK SELUAS PADANG YANG HIJAU DI PAGI HARI
aku menghirup udara segar di pagi
yang subuh
angin bayu menyentuh kulitku
rumput hijau dibasahi embun
menunggu bilakah matahari
akan menjelma
cahayamu menyinari hidupku
dan membangkit diriku agar bersemangat
pabila berada di situ
ku buka mata memandang padang itu
seluas yang mungkin
ku belari sepuas hatiku
sehingga kakiku ini terhenti
menjerit semahuku
pagi itu, aku meluahkan segalanya
gadis pencinta alam semulajadi
Thursday, January 20, 2011
hoping for new Experience
Wednesday, January 19, 2011
5 Alam yang manusia telah dan akan dihadapi
- alam roh
- alam rahim
- alam dunia
- alam barzakh
- alam akhirat
a girl that love nature